Tuesday, October 23, 2007

Kasihanilah Arwah Nurin Jazlin

I have no time to blog actuallly. But this account was created because the nurinjazlin.blogspot does not allow anonymous comments anymore. And there are times when I really feel like posting comments hence that's how this is started. I haven't got a clue on what to write but then I remember an email that I circulated to all my contacts when I first saw the post-mortem photos of arwah Nurin. So, I think that will be my first posting since I feel so strongly about that issue:

Assalamualaikum semua..Saya pasti tatkala ini tentu telah ramai yang telah menerima edaran email yang mengandungi gambar2 arwah Nurin yang teramat menyedihkan dari fail polis. Kita terus mengutuk dan mengecam syaitan yang tergamak melakukan semua itu pada seorang kanak2 yang tak berdosa dan secara automatic tangan kita mengklik button "Forward" kerana mahu berkongsi maklumat terkini ini dengan kawan2 yang lain. Mungkin niat kita baik kerana kini semangat bencikan penjenayah ini semakin membuak2 tapi tanpa kita sedari akan ada hati2 yang terluka dengan tersebarnya gambar ini. Bayangkanlah perasaan keluarganya ketika ini? Sanggupkah kita menatap gambar2 anak kita dalam keaadaan sebegini dipersembahkan untuk tatapan dunia?? Jika kita tak sanggup, apatah lagi ibubapa dan keluarganya..

Saya memohon kerjasama semua pihak agar gambar2 arwah Nurin ni tak usahlah diforwardkan kepada sesiapa lagi selepas kita menerimanya. CUKUPLAH azab yang telah dilaluinya sebelum dia menghembuskan nafasnya yang terakhir. Tak usahlah kita aibkan dia lagi. Memang ramai yang akan bersimpati melihat gambar2 ini tapi tahukah anda bahawa ramai jugak orang2 gila di luar sana yang akan teruja melihatnya. Jadi niat ikhlas kita itu mungkin akan membawa bencana kepada kanak2 lain pulak.

Saya bukan sahaja MENGUTUK orang yang melakukan perbuatan kejam ini tapi saya juga MENGUTUK orang yang tergamak menyebarkan gambar2 P&C ini kepada umum!!!

Kasihanilah arwah Nurin, cukuplah....

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home